Tuesday 4 September 2012

MSM aka Sulfur Organik Bhg III




Apakah MSM?
MSM ialah methylsulfonylmethane, iaitu satu campuran sulfur organik yang boleh didapati di dalam semua hidupan. Ianya merupakan komponen yang besar dalam tubuh badan dan ia diperlukan supaya sel-sel berfungsi dengan betul. MSM menjadikan sel-sel boleh menyerap supaya dapat membawa masuk khasiat yang diperlukan olehnya dan supaya dapat menyingkirkan bahan buangan yang dihasilkannya.
Tanpa MSM dinding-dinding sel akan menjadi tebal dan bahan-bahan toksik yang terkumpul akan menghalang keupayaan mereka untuk berfungsi dengan betul. Situasi ini akan menyebabkan pelbagai jenis simptom seperti sakit kepala, hilang pendengaran, masalah gastrik, keletihan kronik, myopia, ruam, sembelit, gangguan mental, dll. Dalam erti lain, apa sahaja yang sel bertanggungjawab melakukan akan terhalang dengan kurangnya MSM.
Kenapa kita perlukan MSM?
MSM diperlukan kerana cara masyarakat hari ini menguruskan makanan. Andaikata semuanya memiliki kebun dan memetik sendiri hasil ketika tepat ranum dan memakannya mentah, kita tidak akan memerlukan MSM sebagai makanan tambahan (supplement) dalam diet. Masalahnya ialah MSM adalah teramat mudah larut di dalam air (water-soluble) sehinggakan ianya akan hilang hanya dengan sedikit pemprosesan seperti memasak, pengetinan, pembekuan atau hanya dengan membiarkan ianya terlampau lama.
Tambahan pula tidak ramai yang memakan makanan yang betul. Memandangkan hampir semua di antara kita adalah kekurangan MSM, maka pelbagai masalah kesihatan akan muncul dan menjadi semakin teruk dengan peredaran masa.


Apa yang patut dilakukan?
Kita perlu mengambil lebih MSM dalam diet. MSM yang berbentuk serbuk boleh dilarutkan dalam air atau jus. Memandangkan badan tidak biasa mendapat jumlah MSM yang diperlukannya maka toksin-toksin telah terkumpul di dalamnya. Mulakan dengan perlahan-lahan untuk membebaskan toksin secara perlahan.
Terjemahan dari leaflet PC NetworkRx. Inc.

No comments:

Post a Comment