Tuesday 25 September 2012

Tentang Antibiotik...

Aku baru terbaca satu posting di yahoo health " Harmful Side Effect of Antibiotics"  yang bertarikh 24hb September 2012. Kesan-kesan sampingan yang yang dinyatakan ialah yang paling biasa ialah alahan. Fluoroquinolones meningkatkan risiko retinal detachment (penanggalan retina?) sebanyak lima kali ganda berbanding non-user dan pengguna berpotensi untuk mengalami tendon rupture dan periperal neuropathy. Azithromycin  meningkatkan kadar kematian disebabkan sakit jantung sebanyak tiga kali ganda berbanding pesakit-pesakit yang tidak mengambil antibiotik.

Boleh baca lebih terperinci lagi di link tersebut tetapi apa yang menarik perhatian ialah,  "penggunaan antibiotik yang berlebihan kerana ianya dipriskripsikan oleh doktor-doktor." 

Menurut artikel tersebut:

"Sebagai contoh, antibiotik tidak berkesan untuk selsema, demam selsema dan jangkitan virus seperti bronkitis tetapi ianya tetap dipriskipsikan oleh doktor. 

Sakit tekak (sore throat) kebiasaannya diberikan antibiotik, tetapi menurut updated voluntary guidelines yang dikeluarkan oleh Infectious Desease Society of America (IDSA) dalam minggu ini, sakit tekak adalah lebih merupakan virus dan bukannya strep throat. "

Apakah dia strep throat? Menurut WebMD:

"Strep throat adalah merupakan jangkitan bakteria di bahagian tekak dan tonsil. Tekak menjadi perit dan bengkak menyebabkan kesakitan yang serius.

"Strep throat disebabkan oleh bakteria streptococcal.

"Walaupun ramai yang cepat akan menyangka bahawa mana-mana sore throat (sakit tekak) adalah strep throat, sore throat adalah disebabkan oleh jangkitan virus, bukanlah bakteria strep. Sakit tekak yang disebabkan oleh virus boleh mengalami kesakitan yang sama seperti strep throat. Akan tetapi, sekiranya anda mengalami simptom-simptom selsema seperti batuk, bersin, hidung berair dan tersumbat, anda berkemungkinan bukan menghidapi strep throat.

Apakah simptom-simptom strep throat?

"Simptom paling biasa adalah:


  • Sakit tekak yang tiba-tiba , teruk
  • Sakit apabila menelan
  • Demam melebihi 101°F (38.3°C).
  • Bengkak tonsils dan lymph nodes.
  • Bintik-bintik putih atau kuning di belakang tekak yang terang kemerahan. "


Menurut artikel dalam The Star yang bertarikh 16 September 2012, "First, Do No Harm"  :

"Seramai satu dalam 10 pesakit-pesakit di negara maju mendapat mudarat daripada rawatan hospital."

Mungkin ini adalah salah satu darinya?

Menurut posting "10 Facts You Must Know Before Taking Another Antibiotics" yang ditulis  oleh Dr. Alan Ingliss bertarikh 22 September 2009, beliau menyatakan "10 fakta tersebut ialah (aku ringkaskan):

1. Penggunaan yang banyak boleh menyebabkan kanser payudara.
2. Ianya memusnahkan sistem ketahanan badan
3. Antibiotik menyebabkan cirit-birit
4. Ianya menyebabkan penyakit usus
5. Penggunaan berlebihan menyebabkan bakteria menjadi bakteria resistant yang sukar-untuk-dirawat
6. Ianya terdapat dalam susu dan dagiang
7. Ianya tidak berkesan terhadap virus
8. Syarikat-syarikat farmasi adalah teragak-agak untuk membangunkan antibiotik baru di atas inisiatif sendiri (kerana tidak mendatangkan keuntungan berbanding ubat-ubatan lain)
9. Ianya digunakan secara berlebihan oleh kanak-kanak
10. Kesan-kesan sampingan yang aneh dan pelik (pengambilan bactrim, septra, erithromycin dll) "

Huraian yang lebih terperinci ada di artikel asal di link tersebut.

Anak aku yang nombor dua mengalami kesan sampingan yang pelik apabila beliau mengambil erithromycin. Mukanya akan membengkak sehinggakan  matanya kelihatan seperti disengat oleh sesuatu.

Ada juga antibiotik yang boleh menyebabkan depression. Ini link

Seperti biasa...aku mempunyai pilihan untuk mengambil atau tidak antibiotik yang dipreskripsikan oleh doktor tetapi seperti biasa... membuat sesuatu pilihan bukannya mudah. Kadang-kala sesetengah pilihan yang kita buat akan bertentangan dengan pendapat umum. Akan tetapi, yang tinggal nanti hanyalah diri sendiri yang bertanggungjawab atas pilihan yang telah dibuat dan menghadapi akibatnya...









No comments:

Post a Comment